Saturday, November 16, 2013

PELLET: Pentingkah Memilih Jenama.?

Kebanyakan haiwan peliharaan diberi makanan dalam bentuk pellet..kucing, ayam, kuda, arnab dan lain2.
Setiap pellet dihasilkan dengan formula yang berbeza mengikut keperluan satu-satu jenis haiwan. Begitu juga dalam konteks pemeliharaan arnab di Malaysia, banyak jenama pellet yang ditawarkan dalam pasaran..setiap satunya adalah berbeza dari sudut tujuan ia dihasilkan dan kumpulan sasarannya. 

Gold Coin, Cargill, FFM, Cap Ikan Emas, Cap Bendera, Cap Payung, Bengy, Showmaster, Genesis, Smartheart, Britter Bunny, Vitakraft, Owbow, Hagen, Gimbi dan lain-lain adalah antara puluhan jenama yang tersedia untuk pemilik arnab. Meskipun ada yang berpendapat "pellet arnab semuanya sama saja!", hakikatnya ia adalah BERBEZA.

Pellet dan cuaca merupakan salah satu faktor penting yang membentuk fizikal dan menentukan tahap tumbesaran arnab. Tetapi perlu diketahui dan diingat selalu bahawa faktor utama ialah BAKA. 


"Pedaging atau Hiasan? New Zealand White atau Arnab Kampung? Dutch atau Netherland Dwarf? Lop Ear atau Holland Lop? Teddy bear atau Mix Angora?"

Mengenali baka dan ciri-ciri baka arnab yang dimiliki dapat membantu dalam memilih jenama pellet yang diperlukan. Kesan tetap dari pemberian sesuatu pellet hanya dapat dilihat sekurang-kurangnya 3 bulan selepas ia digunakan. Ini kerana pellet mempengaruhi berat, bulu dan sistem pembiakan arnab. Sementara bentuknya pula dipengaruhi oleh baka (kebiasaannya 'bentuk' diambil berat bagi arnab yang dibiak dan dipelihara untuk tujuan pertandingan).

Beberapa orang penternak arnab berskala besar pernah mengusulkan untuk menghasilkan pellet sendiri. Tetapi proses ini memerlukan kajian, masa, modal dan tenaga yang banyak. Ada sesetengahnya juga yang telah mula menggunakan pellet campuran sendiri berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan kajian masing-masing. Untuk mereka yang pernah bertanya mengenai formula pellet, di sini FR ingin berkongsi resepi pellet yang dirumus khas untuk ARNAB PEDAGING;

Hay - 35%     Barley - 6%     Corn - 4%     Soy - 17%
Wheat Bran - 33%     Molasses - 3%     Limestone - 1.27%     Salt - 0.3%
Mixed Vitamins - 0.3%     Methionine - 0.11%     Lysine - 0.02 %
=     Protien - 13.7%    Fibre - 13-14%     Energy - 2500-2600

Untuk formula pellet bagi arnab hiasan, akan dikongsi dalam entri yang akan datang, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment