Karnival Kucing Comel '11

Terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Khalid dari Kelab Kucing Malaysia kerana telah menjemput kami untuk sama-sama memeriahkan Karnival Kucing Comel Perlis yang berlangsung selama dua hari, pada 24 & 25 Disember 2011 di Taman Ular Dan Reptilia Perlis. Karnival berlangsung dengan berbagai aktiviti menarik dan kami menerima kunjungan dari serata pelusuk tanah air. Walaupun tempoh persediaan amat singkat, namun pameran berlangsung dengan jayanya. Alhamdulillah....