HPPNK '11

21-26 September lalu, kami diberi kepercayaan mengendalikan 2 booth untuk arnab di tapak Pameran Ternakan, anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah. 6 hari berlalu dengan jayanya walaupun ada juga serba sedikit kekurangan yang tidak dapat dielakkan. Terima kasih kepada semua pihak yang melibatkan diri dan menghulurkan bantuan serta sokongan sepanjang karnival berlangsung, terutamanya kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah, Gold Coin Feedmills (M) Sdn. Bhd atas tajaan pellet arnab, Mega Gemilang Enterprise atas tajaan landskap, semua staff..Muhammad, Aishah, Abg Mat, K. Rossita, Syafiqah, Abg. Asri, K. Siti.., kepada semua tetamu kehormat yang sudi berkunjung ke booth FR, semua kenalan penternak arnab yang singgah memberi sokongan dan juga kepada semua pengunjung yang datang memeriahkan karnival ini..terima kasih.

Mohon maaf juga atas segala kekurangan, ketidakselesaan dan kesilapan yang berlaku akibat kealpaan kami. Diharapkan agar banyak lagi karnival sebegini akan diadakan pada masa hadapan dengan penglibatan lebih ramai penternak2 arnab demi meningkatkan prestasi pemeliharaan arnab di kalangan masyarakat umum dan meluaskan pengetahuan umum mengenai keunikan dunia arnab - FAYUMA RABBITRY



Tema: 'Ria Raya Arnab'


Lawatan KDYMM Sultan Kedah








Ruang Landskap: 'Lepas Bebas Bersama Arnab'


Ruang Jualan: Hamster, Guinea Pig, Arnab, sangkar dan aksesori berkaitan


Sudut Show: Pameran pelbagai baka arnab, 'live' dan statik





Wakaf tajaan Mega Gemilang Enterprise

Ruang hadapan booth dinaiki air pada malam hari terakhir ekspo. Nasib baiklah arnab2 dan semua barang yang disimpan di bawah pada malam hari sempat diselamatkan. Kalau tak, kecoh juga dibuatnya. Menurut ramalan cuaca, sepanjang tempoh ekspo berlangsung hujan akan turun pada setiap petang..tapi alhamdulillah, setiap hari cuaca redup dan berangin. Hanya pada waktu pagi dan tengahari hari terakhir sahaja hujan turun renyai2.

No comments:

Post a Comment