UiTM Perlis '12

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak UiTM Perlis, khasnya Fakulti Perladangan dan Agroteknologi kerana sudi memberikan peluang kepada kami untuk bersama menjayakan Hari Terbuka fakulti tersebut. Terima kasih juga kepada pihak Gold Coin atas tajaan dan sokongan berterusan kepada kami dalam usaha memperkenal dan mendekatkan dunia arnab yang unik kepada masyarakat umum. Setinggi penghargaan buat RTM Perlis kerana mempromosikan booth kami dalam radio dan sudi datang untuk melihat sendiri gerai Fayuma Rabbitry. Tidak sedikit pengunjung yang datang setelah mendengar siaran iklan dari mereka.







Berlangsungnya pameran dalam kawasan kampus sememangnya memberikan suasana yang berlainan dari pameran2 sebelumnya. Objektif utama menyertai ekspo kali ini..mendedahkan pengunjung, khasnya dari kalangan penuntut UiTM Perlis, dengan kepelbagaian baka arnab dan guinea pig..dapat dicapai dengan jayanya.



Pameran ini juga bertindak sebagai medium perkongsian maklumat dan pengalaman dengan mereka yang hadir, samada sebagai peminat, pemilik mahupun bagi yang baru ingin menceburi bidang penternakan arnab secara besar-besaran. Kami sangat berbesar hati kerana mendapat kepercayaan sebagai tempat rujukan bagi menjawab setiap soalan dan masalah yang diajukan.




Bermacam baka arnab dan guinea pig kami bawa ke sana. Antara yang paling banyak menarik minat pengunjung kali ini ialah Mini Rex [arnab] dan Sheltie [gp]. 


1 : Wah! Besarnya hamster ni!
2 : Eh, bukan hamsterlah! Ini G-Force..alaa, Wonderpet tu. Ape ntah nama dia (?)



Nampak sunyi? Hmm..sebab semuanya diatur dan dijaga sendirian oleh Mr. Fayuma. Dari mengangkut barang2 ke tapak, menyusun atur, menjaga gerai, melayan pengunjung dan menangkap gambar. Sayangnya tak dapat shoot detik2 berharga dengan staff2 dari UiTM dan RTM Perlis. Alahai...

No comments:

Post a Comment