Wednesday, September 29, 2021

Sekitar sesi webinar, perkongsian bersama mengenai arnab baka Holland Lop.

Monday, September 27, 2021

Anak-anak Holland Lop yang baru di sini..💟💟

     ******************************************************************************

Holland Lop antara baka yang memiliki personaliti yang manja, sensitif dan cergas. Badan montok, bermuka bulat dengan telinga yang tergantung..inilah rupa comelnya ya.

Beginilah keadaannya kalau dah ramai-ramai kat rabbitry tu kan. Tak puas nak melayan sekor-sekor ni ha.

Saturday, November 1, 2014


Tamat sudah Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Negeri Kedah 2014. Terima kasih kepada semua yang memberi bantuan dan sokongan, khasnya penaja kami, Jabatan Veterinar Kedah, terutama kepada Dr. Lee dan En.Suhai. 
Terima kasih juga kepada jemputan VVIP dan barisan EXCO Negeri Kedah yang sudi singgah ke booth Fayuma Rabbit Cavy, antaranya Dato' Seri Mukhriz & isteri, Dato' Suraya & anak dan Dato' Haji Mohd Rawi & keluarga. 
Tidak dilupakan sahabat arnab, KB Rabbitry yang memberikan pertolongan untuk menjayakan ekspo ini.

** Gambar-gambar akan menyusul kemudian. Jangan lupa untuk datang kembali.

Friday, October 3, 2014

Selamat Hari Raya AidilAdha,
Semoga ibadah yang dijalankan akan diterima sebaiknya,
Maaf Zahir & Batin.

** Fayuma Rabbitry akan menangguhkan semua operasi bermula Sabtu (3 Oct) sehingga Selasa (7 Oct) sempena cuti umum Hari Raya AidilAdha. 
Terima kasih.

Wednesday, July 2, 2014


Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak!
Semoga kali ini, dapat kita penuhinya dengan amalan saleh dan ketaatan.  Dan moga segalanya diterima oleh Allah s.w.t...ameen.

Saturday, November 16, 2013

PELLET: Pentingkah Memilih Jenama.?

Kebanyakan haiwan peliharaan diberi makanan dalam bentuk pellet..kucing, ayam, kuda, arnab dan lain2.
Setiap pellet dihasilkan dengan formula yang berbeza mengikut keperluan satu-satu jenis haiwan. Begitu juga dalam konteks pemeliharaan arnab di Malaysia, banyak jenama pellet yang ditawarkan dalam pasaran..setiap satunya adalah berbeza dari sudut tujuan ia dihasilkan dan kumpulan sasarannya. 

Gold Coin, Cargill, FFM, Cap Ikan Emas, Cap Bendera, Cap Payung, Bengy, Showmaster, Genesis, Smartheart, Britter Bunny, Vitakraft, Owbow, Hagen, Gimbi dan lain-lain adalah antara puluhan jenama yang tersedia untuk pemilik arnab. Meskipun ada yang berpendapat "pellet arnab semuanya sama saja!", hakikatnya ia adalah BERBEZA.

Pellet dan cuaca merupakan salah satu faktor penting yang membentuk fizikal dan menentukan tahap tumbesaran arnab. Tetapi perlu diketahui dan diingat selalu bahawa faktor utama ialah BAKA. 


"Pedaging atau Hiasan? New Zealand White atau Arnab Kampung? Dutch atau Netherland Dwarf? Lop Ear atau Holland Lop? Teddy bear atau Mix Angora?"

Mengenali baka dan ciri-ciri baka arnab yang dimiliki dapat membantu dalam memilih jenama pellet yang diperlukan. Kesan tetap dari pemberian sesuatu pellet hanya dapat dilihat sekurang-kurangnya 3 bulan selepas ia digunakan. Ini kerana pellet mempengaruhi berat, bulu dan sistem pembiakan arnab. Sementara bentuknya pula dipengaruhi oleh baka (kebiasaannya 'bentuk' diambil berat bagi arnab yang dibiak dan dipelihara untuk tujuan pertandingan).

Beberapa orang penternak arnab berskala besar pernah mengusulkan untuk menghasilkan pellet sendiri. Tetapi proses ini memerlukan kajian, masa, modal dan tenaga yang banyak. Ada sesetengahnya juga yang telah mula menggunakan pellet campuran sendiri berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan kajian masing-masing. Untuk mereka yang pernah bertanya mengenai formula pellet, di sini FR ingin berkongsi resepi pellet yang dirumus khas untuk ARNAB PEDAGING;

Hay - 35%     Barley - 6%     Corn - 4%     Soy - 17%
Wheat Bran - 33%     Molasses - 3%     Limestone - 1.27%     Salt - 0.3%
Mixed Vitamins - 0.3%     Methionine - 0.11%     Lysine - 0.02 %
=     Protien - 13.7%    Fibre - 13-14%     Energy - 2500-2600

Untuk formula pellet bagi arnab hiasan, akan dikongsi dalam entri yang akan datang, InsyaAllah.

Thursday, September 12, 2013

Salam.
Fayuma Rabbitry akan berada di Perlis sempena;


' Ekspo Pemasaran & Mini Landskap Fakulti Perladangan & Agroteknologi UiTM (Perlis) 2013'
- Tempat: Anjung Siswa, UiTM Perlis 
- Tarikh: 12 & 13 September 2013 (Khamis & Jumaat)
- Masa: 8.00 pagi - 7.00 petang

JOM, meriahkannya bersama..!

Monday, September 2, 2013

Good News

Salam.
Good News...!!!
Fayuma Rabbitry akan memberikan perkhidmatan GROOMING & RAWATAN untuk arnab dan cavy serta KHIDMAT NASIHAT secara PERCUMA sempena Syawal ini.!!
- Tarikh: 4 Sept 2013 (Rabu).
- Masa: 11.30AM - 5.30PM (1-2pm: rehat Zohor).
- Tempat: Fayuma Rabbitry, Jitra, Kedah.
- PM kami atau hubungi 012-4535448 untuk temujanji..see you soon!!