Beberapa minggu kebelakangan ini, tahap kesihatan ahli2 di rabbitry menurun. Begitu juga dengan ahli keluarga pemilik FR. Penjagaan harian sedikit terganggu kerana agak sibuk berulang alik ke hospital. Sorang keluar wad, sorang lagi masuk wad pula...:'(. Dalam keadaan sebegini, hanya sempat mencuri masa untuk mengisi makan dan minum arnab2 saja. Lelah!
Tapi, berkat doa teman2 sealiran, 'hujan ribut' ini pun berlalu..walaupun mengambil masa yang agak lama. Kesan?? Tentulah 'hujan ribut' meninggalkan kesan. FR kehilangan beberapa ekor arnab kesayangan sewaktu mengambil 'cuti sakit'. Guinea pig juga! Terkilan kerana ia berlaku bukan di depan mata dan sebab kematian pula tak dapat dipastikan kerana tiada di rumah sewaktu kejadian. Perit rasanya ~..
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" [Al-Syarh:5]
No comments:
Post a Comment