Bulan Ramadhan merupakan bulan untuk berjihad di jalan Allah s.w.t. Pada bulan inilah sebilangan besar kemenangan kaum muslimin dapat diraih. Ramadhan 2H misalnya, umat Islam beroleh kemenangan dalam Peperangan Badar. Begitu juga dalam Peperangan Khandaq pada Ramadhan 5H berikutnya. Disusuli dengan Pembukaan Kota Mekah pada Ramadhan 8H dan kemenangan dalam Peperangan Tabuk pada Ramadhan 9H.
Sabda Rasulullah s.a.w, mafhumnya,
Allah s.w.t berkata, "setiap amalan anak Adam itu adalah untuk dirinya sendiri melainkan ibadah puasa. Kerana puasa itu untukKu dan Akulah yang membalasnya".Sabda baginda s.a.w lagi, mafhumnya,
Puasa itu sesungguhnya adalah syurga. Oleh itu, jika salah seorang dari kamu berpuasa serta tidak mengucapkan hal-hal yang tidak baik dan tidak memperlekehkan orang lain pada hari tersebut, dan sewaktu dirinya dihina atau diganggu, maka dia akan berkata "Sesungguhnya aku sedang berpuasa".
Demi jiwa Muhammad yang berada dalam genggamanNya, sungguh bau mulut orang yang berpuasa itu adalah lebih menyenangkan di sisi Allah pada Hari Kiamat kelak berbanding haruman misk.
Dan bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan, iaitu apabila dia berbuka, maka dia gembira dengan berbuka puasanya dan apabila dia bertemu Tuhannya, dia juga gembira dengan puasanya - Muttafaqun 'alayh.
Sesungguhnya di syurga itu terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama al-Rayyan. Melalui pintu ini, orang-orang yang berpuasa masuk ke syurga pada Hari Kiamat kelak dan tiada seorang pun yang bukan dari kalangan mereka akan melalui pintu tersebut. Saat itu kedengaran suatu panggilan, "Dimanakah orang-orang yang berpuasa?" Lalu mereka bangun tanpa disertai oleh orang tidak segolongan dengan mereka. Maka, setelah kesemua mereka masuk, pintu itupun tertutup dan tiada seorang pun yang dapat melaluinya selepas itu - Riwayat Sahih dan BukhariSabda baginda s.a.w, mafhumnya,
Barangsiapa yang berpuasa di Bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan kesungguhan, maka diampunkan dosanya yang telah dilakukan - Riwayat Sahih dan BukhariSabda Rasulullah s.a.w, mafhumnya,
Berpuasa dan membaca Al-Qur'an adalah dua ibadah yang akan memberi syafaat kepada seseorang hamba. Ibadah puasa akan memohon, "Wahai Tuhan, sesungguhnya aku telah menahan dirinya dari makanan dan syahwat di siang hari. Oleh itu syafaatkanlah dia" Sementara Al-Qur'an berkata, "Aku pula telah menahan dirinya dari tidur sepanjang malam. Oleh itu syafaatkanlah dia". Lalu, syafaat pun diberi kepada hamba tersebut - Riwayat Ahmad
No comments:
Post a Comment